SENI KAWALAN KELAS BUAT GURU BAHARU
Seni kemahiran mengawal kelas itu adalah satu perkara wajib dikuasai oleh para guru bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas mereka yang lain iaitu membimbing dan mendorong anak-anak didik untuk belajar dan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Murid yang dapat dikawal disiplin mereka akan berada dalam keadaan yang bersedia untuk menuntut ilmu. Bukan itu sahaja,mereka akan dapat menerima isi pelajaran dengan rasa teruja dan bersemangatsehinggakan segala ilmu itu mudah diserap dan dapat dgunakan semula apabila diperlukan. Tanpa kawalan kelas yang berkesan, segala perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan tidak akan dapat mencapai objektifnya. Masa akan terbuang begitu sahaja dan anak-anak didik tidak memperoleh apa-apa dan kehadiran mereka hanya sia-sia sahaja.
Currently No Review